Thursday 15 September 2011

INTERAKSI MINGGU 8 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA

A. Penilaian Melalui Projek
B. Penilaian Melalui Kertas Kerja


A. Penilaian Melalui Projek
Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan yang dilakukan secara amali. Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah.
Projek membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan.
Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.
Ciri-ciri Penilaian Projek:
1. Projek/tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk iaitu bentuk lisan, visual, dan kinestetik.
2. Ia menggunakan jangka masa yang panjang.
3. Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
4. Murid-murid dibenarkan untuk membina penyelesaiaan alternatif.Tiada didapati satu jawapan yang benar.
5. Murid-murid dikehendaki melibatkan diri sacara aktif sama ada memyediakan projek atau dalam kumpulan koperatif.
6. Murid-murid boleh menjalankan projek secara individu atau berpasukan.
7. Sintesis pengetahuanyang dikumpul dan menilai pembelajaran.
8. Peluang menilai murid-murid dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
9. Murid-murid menunjukkkan kebolehan mengkaji atau membentuk sesuatu.
10. Murid-murid melaksanakan dan menghasilkan sesuatu.
11. Murid-murid mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
12. Murid-murid melakukan aktiviti bermakna.


Tujuan
Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:
1. Menggalakkan murid-murid bekerjasama dan menerima tanggungjawabnya.
2. Memberi kebebasan kepada murid-murid untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
3. Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.
4. Memotivasikan murid-murid untuk belajar.
5. Memberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpin
6. Membenarkan pelajar menentukan peranan
7. Membolehkan pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama
bekerja dalam satu kumpulan mengikut kadar yang sesuai dengan
kemampuannya
8. Membantu murid-murid mengesan bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin.
Jenis-jenis Penilaian Projek:
1. Latihan atau soalan “open-ended” untuk murid-murid meneroka secara lisan atau bertulis.(main peranan)
2. Extended tasks assignment seperti menulis puisi,melaksanakan dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
3. Portfolio seperti koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
4. Tugasan prestasi seperti drama,lakonan,persembahan , poster atau model.
Langkah-langkah Penilaian Melalui Projek;
Langkah 1:Menentukan tajuk dan skop Projek

Langkah 2: Menjalankan penilaian awal projek

Langkah 3 : Melaksanakan strategi

Langkah 4 : Memproses Maklumat

Langkah 5 : Menilai Hasil Projek 

1 comment: