Thursday 15 September 2011

INTERAKSI MINGGU 10 : PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

PENILAIAN AKTIVITI BAHASA :
1. Pidato
2. Pantun
3. Sajak
4. Ceramah
5. Forum
6. Debat
7. Syarahan

Pidato:
Mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan. Interaksi satu hala dilakukan di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
Berpidato bukanlah bermaksud membaca sebaliknya menerangkan ,member interprestasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan. Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebi9h nkukuh kerana adanya fakta berserta contoh yang diberikan.


Pantun:
Pantun merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi. Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah , berbentuk kias ibarat , usik mengusik dan puji memuji. Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
Istilah pantun bagi orang Melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat” Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan. Dari perumpamaan atau bidalan jugalah pantun berkembang. Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris. 
Kompenan yang terdapat dalam pantun seperti baris pertama dan kedua sebagai pembayang sahaja manakala baris ketiga dan keempat membawa maksud . Pantun terdiri daripada tiga atau empat perkataan. Terdiri daripada dua atau tiga suku kata dalam setiap perkataan. Rimanya “abad”.
Jenis-jenis pantun:
-pantun dua kerat.
-pantun empat kerat.
-Talibon(enam kerat,lapan kerat, sepuluh kerat, dua belas kerat dan empat belas kerat serangkap)
Bentuk-bentuk pantun:
- Pantun kanak-kanak.
- Pantun orang muda (pantun kasih saying, pantun perpisahan, pantun dagang , pantun kehibaan hati, pantun ketabahan hati, pantun sendiran dan pantun jenaka)
- Pantun orang tua(pantun nasihat, pantun adat dan pantun kiasan)

Sajak:
Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden yang lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
Rangkap dan tema pada sajak tidak terhad dan bebas . Baris dan rentak dalam sajak juga terhad. Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak. Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.



Ceramah:
Ceramah merupakan pengycapan tentang bidsang tertentu disampaikan oleh orangyang pakar. Penerangan dan penjelasan diadakan di majlis atau ndi perhimpunan. 
Jenis-jenis ceramah:
-Ceramah agama
-Ceramah kesihatan
-Ceramah kesedaran dan sebagainya.


Forum
Forum merupakan suatu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.
Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengelaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif ,kreatif dan rasional.
Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran , pencapaian serta peringkat umur pelajar.
Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada pada peringkat sebelum, semasa dan selepas aktiviti. Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya. 


Debat:
Debat ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logic dan idea yang tersusun. Terdapat dua pihak yang akan menutamakan pendapat masing-masing. Contohnya: Sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk perdebatan dan pihak kedua membangkang tajuk tersebut.
Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yamg kukuh dan bernas. Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasa menegakkan fakta yang diutamakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
Semasa pihak pencadang sedang member hujahnya, pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya jika didapati hujan tersebut menggugat fakta yang diberikan dianggap tidak sesuai .
Sesi pengulasan akan dibuat untuk mendapatkan kesimpulan fakta daripada ahli-ahlu yang sudah melontarkan hujah mereka. Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. Markah tidak akan diberikan sekirannya lebihan masa digunakan.


Syarahan:
Syarahan adalah aktiviti yang berformat khusus. Setiap syarahan mesti mempunyai kata alu-aluan atau pendahuluan, kata-kasta penghadapan, isi-isi dan penutup. 
Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan mesti disampaikan secara teratur, mantap dan berkesan. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta dengan contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong dengan isi-isi sampingan.
Sebagai langkah awal syarahan, sediakan suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan .
Peringkat Kemahiran:
Pada peringkat persediaan mesti mamahami tajuk dan kehendak soalan. Kemudian mengumpul idea atau isi-isi penting tentang tajuk syarahan. Selepas itu, menyusun idea-idea atau isi-isi dan membuat rangka syarahan.
Pada peringkat penulisan pula menulis perenggan pendahuluan,. Kemudian mengembangkan isi-isi secara tersusun.Akhirnya menyatakan kesimpulan pada perenggan penutup.
Akhirnya mesti menyemak ejaan, tatabahasa dan mengira jumlah perkataan.
Beberapa langkah perlu untuk memtitikberatkan untuk mempertingkatkan teknik bersyarah:
a.Sediakan nota-nota yang mencukupi.
b.Mulakan syarahan dengan mengulang secara ringfkas perkara-perkara yang telah dikaji terdahulu daripada itu.
c. Syarahan boleh dimulakan dengan menimbulkan atau mengemukakan satu atau beberapa masalah.
d.Kandungan syarahan hendaklah terdiri daripada perkara=perkara penting sahaja.
e. Syarahan tersebutr disampaikan dalam bentuk pertuturan biasa. Jangan dibaca sahaja, guru perlu ,enerangkan , membuat interpretasi, menghuraikan idea-idea dan sebagainya. Tunjukkan rasa keyakinan diri semasa menyampaikan syarahan. 

No comments:

Post a Comment