Thursday 15 September 2011

INTERAKSI MINGGU 7 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA

KAEDAH PENILAIAN BAHASA
  1. Penilaian melalui kontrak pembelajaran
  2. Penilaian melalui soal jawab 
Penilaian melalui kontrak pembelajaran
  • kontrak pembelajaran - aktiviti seorang guru menetapkan sesuatu peraturan atau syarat perjanjian kepada muridnya.
  • guru akan meminta muridnya untuk melakukan sesuatu pekerjaan , contohnya membuat kerja rumah atau latihan semasa di rumah.
  • jika murid itu dapat membuat latihan itu, guru akan memberikan hadiah atau ganjaran hasil daripada kerja murid tersebut.
  • jika tidak dapat, guru boleh mengambil tindakan seperti hukuman atau denda yang berpatutan.
  • tujuannya untuk mengelakkan murid itu daripada membuat kesalahan yang serupa pada masa akan datang.
  • secara tidak langsung, berlakulah perjanjian pembelajaran dalam masa yang ditetapkan.
Penilaian melalui soal jawab
  • guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.
  • guru dapat mengetahui kelemhan setiap murid dalam sesuatu topik yang diajarkan.
  • guru dapat mencari penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid.
  • jika ada di antara murid yang tidak faham tentang topik yang diajar, proses pembelajaran akan diulang semula. guru akan mengajar murid yang lemah itu dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi.
  • tujuannya supaya murid itu memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajar itu.

No comments:

Post a Comment