Monday 25 July 2011

INTERAKSI MINGGU 3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Jadual Spesifikasi Ujian
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu 
sampel item-item soalan

Kepentingan JSU

  • Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
  • Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran.
  • Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
  • Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
  • Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain
Penyediaan JSU
  • JSU mengandungi maklumat tentang:
  • · Bentuk dan panjangnya ujian
  • · Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
  • · JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan
  • · kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
  • · Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan
  • · penegasan yang diberi dalam pengajaran.
  • · Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang
  • · akan diuji.
  • · Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan
  • · soalan subjektif.
  • · Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
  • · Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab
  • · soalan.
Penentuan Aras
Pengetahuan


  • Aplikasi
  • Kefahaman
  • Analisis
  • Sintesis
  • Penilaian


ARAS PENGETAHUAN


Ciri soalan
  • Memerlukan calon mengingat semula. 
  • Jawapan calon menggunakan bahasa asal
  • Contoh Kata Kerja (Labelkan, Senaraikan, Manakah, Apakah)


ARAS KEFAHAMAN


Ciri Soalan

  • Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau illutrasi dalam bahasanya sendiri.
  • Contoh Kata Kerja (Terangkan, Jelaskan, Huraikan, Tukarkan)


ARAS APLIKASI


Ciri Soalan
  • Memerlukan calon menyelesaikan masalah.
  • Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.
  • Contoh Kata Kerja (Selesaikan, Binakan, Carikan, Tunjukkan, Kirakan ,Demonstrasikan)

Sunday 24 July 2011

INTERAKSI MINGGU 4 : PEMBINAAN UJIAN

PEMBINAAN UJIAN
SOALAN OBJEKTIF
DEFINISI
Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.
“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa”
(Gronland,1977).
Antara contoh soalan berbentuk objektif:
  • Item jenis pendek
  • Item jenis padanan
  • Item jenis anekapilihan
  • Item kloz
Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
  1. Item respon bebas
  2. Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon bebas
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.
Contoh;
1. Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
2. Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.
Item respon tetap (item jenis pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
Jenis soalan respon tetap;
1. Format salah betul
2. Padanan
3. Aneka pilihan
Format salah betul
Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).
Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
1. Hitam – Putih ( )
Padanan
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.
Aneka Pilihan
Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
1. Berbentuk soalan
2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
3. Jenis jawapan terbaik
4. Analogi
5. Antonim
6. Jenis negatif
7. Mengisi tempat kosong
8. Item jenis campuran
9. Teknik kloz
Terbahagi kepada tiga jenis pilihan:
1. Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan.
2. Stam merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.
3. Jawapan pilihan merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.
Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:
1. Arahan mesti jelas dan mudah difahami.
2. Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.
3. Jawapan yang disediakan haruslah logik.
4. Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
5. Aras kesukaran haruslah setara.
6. Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
7. Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
Kelebihan dan Kelemahan Ujian Objektif
Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya ialah:
a) Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat.
b) Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin.
c) Tidak menggalakkan penipuan.
d) Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.
e) Ia boleh diskor dengan tepat.
f) Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang yang terlatih.
g) Pemeriksaan boleh dipercayai.
h) Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa.
i) Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.
j) Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas.
k) Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik.
Di samping kelebihan dan kebaikkannya ini, terdapat juga kelemahan-kelemahan pada ujian objektif ini:
a) Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis idea-idea dan melahirkannya secara sepadu.
b) Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.
c) Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir.
d) Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan.
e) Ia tidak dapat mengukur keaslian.

SOALAN SUBJEKTIF
DEFINISI
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
Terdapat dua jenis soalan subjektif:
1. Item jenis struktur
2. Item jenis esei
Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.
Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.
Terdapat dua jenis item esei
  1. Item tindak balas terhad
  2. Item tindak balas lanjutan
Item tindak balas terhad
Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas.
Item tindak balas lanjutan
Item jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka.
Kelebihan dan kelemahan Ujian Subjektif
Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:
a) Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit.
b) Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan.
c) Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya. Mereka boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar, mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
d) Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar.
e) Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
f) Berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses mental yang tinggi.
g) Ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslian
h) Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya.
Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan:
a) Nilai potensi diagnostik yang rendah
b) Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu.
c) Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih.
d) Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.
e) Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.
f) Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.
g) Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.

Thursday 7 July 2011

TAKSONOMI DAN DOMAIN, PENGERTIAN KONSEP PENTAFSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN, JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU), PEMBINAAN UJIAN, JENIS PENILAIAN BAHASA

TAKSONOMI DAN DOMAIN

TAKSONOMI BLOOM
-Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
- Terdapat tiga domain utama yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu:
I Domain Kognitif
II Domain Afektif
III Domain Psikomotor

Domain Kognitif
- Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
- Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
- Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
- Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.



Domain Afektif
- Menekankan nada rasa, emosi atau satu darjah penerimaan atau penolakan.
- Berubah-ubah daripada perhatian biasa terhadap fenomena yang tertentu hinggalah kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakan dan suara hati yang konsisten tetapi kompleks.
- Dinyatakan di dalam hasil-hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasi, nilai, dan set emosi atau bias (bayangan perasaan).

Domain Psikomotor
- Menekankan kemahiran otot atau motor, beberapa pengendalian bahan dan objek yang dimanipulasi atau beberapa tindakan yang memerlukan koordinasi otot saraf.
- Dikaitkan dengan tulisan tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

Kesimpulan
- Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
- Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
- Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.


KONSEP TAKSONOMI BLOOM
- Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
- Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
- Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

ARAS TAKSONOMI BLOOM
Menurut Benjamin S.Bloom aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap iaitu :-

1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian

Pengetahuan
- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.
- Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.
- Contoh soalan :-
- Pelancong Barat lebih suka……………..di bawah matahari.
A. dijemur
B. berjemur
C. berjemur
D. menjemur

Kefahaman
- Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
- Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.
- Contoh soalan :-
- Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah :
- “ Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.”
A. Ke manakah Fahrin pergi?
B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?
C. Siapakah yang pergi ke hospital?
D. Fahrin berada di hospital?

Aplikasi
- Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.
- Contoh soalan:-
- “ Azah menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian.”
Manakah antara yang berikut membantu mempercepatkan pengeringan
pakaian itu?
i. Sejuk iii. mendung
ii. Berangin iv. Panas
A. i dan ii sahaja
B. i dan iii sahaja
C. ii dan iv sahaja
D. iii dan iv sahaja

Analisis
- Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.
- Contoh soalan:-
(a) Bezakan maksud ‘bersama’ dengan ‘bersama-sama’.
(b) Bandingkan kelebihan belajar di dalam negara dengan luar negara.

Sintesis
- Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.
- Contoh soalan:-
Gubahkan serangkap pantun yang berunsurkan nasihat.
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

Penilaian
- Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Contoh soalan :-
Berikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………
TAKSONOMI KRATHWOHL
- Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
- Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
- Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.


ARAS TAKSONOMI KRATHWOHL

Perwatakan
Organisasi
Penilaian
Gerak balas
Penerimaan


Penerimaan
- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu :
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian .

Gerak balas
- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.
- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

Penilaian
- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

Organisasi
- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Perwatakan
- Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

PENGERTIAN KONSEP PENTAFSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENTAFSIRAN
Satu proses untuk mendapatkan maklumat dan penghakiman tentang produk pendidikan.
Proses-langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
Maklumat- bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditafsir.
Produk-pengetahuan, kemahiran, nilai yang pelajar perolehi melalui proses pendidikan.
Penghakiman- proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.

Konteks pendidikan
ü Satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.
ü Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, aktiviti dijalankan semasa p&p, aktiviti dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.


PENGUJIAN
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970), “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa: “Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkanoleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. (Raminah1991:2).

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.



PENILAIAN
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “proses delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”.

Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan ataukeputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.




JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)
-Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&p
-Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan
Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai

Jadual Penentuan Ujian (JPU)
-Dikenali juga sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU)
-Satu blue print ujian / test specification
-Satu matrik yang terdiri dua paksi iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran
-Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan
-Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian
-Membantu penggubal membina item soalan

Tujuan JPU
-Ujian tidak dibina secara sembarangan
-Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
-Panduan kepada penggubal soalan
-Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa
-Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang


Siapa yang membuat JPU
-Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran
-Guru-guru yang mengajar mata pelajaran



Ciri-ciri Utama JPU
-Ada tajuk yang hendak diuji
-Senaraikan aras kemahiran yg hendak diuji
-Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar , jenis kemahiran yang diuji
-Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian
-Merangka secara nyata bidang yang akan diuji



Langkah-langkah Pembinaan JPU
-Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji
-Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran
-Bina carta dua hala
-Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran
-Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur pencapaian murid
-Semak semula jenis item/soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektif kurikulum



DIMENSI DALAM JPU
Kandungan ujian – berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi :
i – skop atau kedalamannya
ii – bilangan item untuk setiap tajuk
iii – wajaran

Kemahiran – meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan teksonomi Bloom)
Jenis dan jumlah item – berdasarkan tujuan ujian, kegunaan ujian, siapa yang mengambil ujian, jenis soalan ( samada item objektif, struktur atau esei ) dan aras kesukaran

Wajaran – peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat ‘representative’ kurikulum sekolah.
Berdasarkan mata pelajaran tertentu bina JPU untuk ujian bulanan, ujian akhir semester dan ujian akhir tahun

  
PEMBINAAN UJIAN
Jenis Item Ujian
Ujian objektif

Ujian subjektif / esei

Item Ujian Objektif
Calon dibekalkan dengan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas dengan cara menanda, membulat atau menggaris gerak balas (respons) yang tepat
Jawapan pendek berbentuk perkataan, angka atau frasa.
Hanya satu jawapan yang betul
Mengikut Gronlund ujian terbahagi kepada item yang memerlukan calon membuat pilihan yang diberi dan memberi jawapan yang diperlukan

Jenis-jenis item ujian objektif
Item pilihan jawapan bebas
Item pilihan jawapan tetap

Item pilihan jawapan bebas
Memerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikan
Soalan boleh berbentuk soalan atau pernyataan tergantung
Soalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkan
Arahan yang diberi seperti isikan tempat kosong dengan … lenkapkan pernyataan berikut

contoh
Item jawapan pendek
i. Tuliskan dengan perkataan nombor 23
ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan solat Jumaat?
i. ____________
Item jawapan melengkapkan
i. Haiwan yang memakan daging dinamakan
__________
ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut
a. Johor __________
b. Perlis __________

Item pilihan Jawapan Tetap
Item betul/salah
Item memadankan
Item pengelasan
Item susun semula
Item aneka pilihan

Item Aneka Pilihan
Bentuk soalan
Ayat tidak lengkap
Jenis jawapan terbaik
Jenis negatif
Interpretif
Cantuman
Soalan Objektif Aneka Pilihan
Mengandungi dua bahagian
- Stem – pokok soalan / tugasan soalan
- Opsyen - pilihan jawapan yg diberi
Pilihan mengandungi :
Kunci – jawapan yang betul
Pengganggu (distracktor) – bukan jawapan
Con: Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses
A pemeluwapan
B penyulingan
C pendidihan
D elektrolsis
Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses – stem
A,B,C,dan D – opsyen
A,B, dan C – pengganggu
D - jawapan
Stem Soalan
Mungkin dalam bentuk soalan atau ayat tidak lengkap
Jelas tugasan yang diperlukan/yang perlu dijawab oleh calon
Tidak mengandungi sebarang bayangan (clues) jawapan
Tidak mengandungi maklumat yang tidak berkaitan dengan tugasan soalan

Opsyen, Pengganggu dan Kunci
Pilihan jawapan sama dengan stem soalan
Tiap pengganggu mempunyai hubungan atau seragam
Elakan memberi bayangan
Elakan guna perkataan seperti semua di atas, tiada satu pun
Elak mengulang maklumat yang sama
Pastikan satu sahaja jawapan
Susun kunci secara rawak dan bilangan seimbang untuk tentukan A,B,C/D

Jenis soalan Aneka pilihan -Bentuk soalan
Setiap pokok soalan berbentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan jawapan hanya satu daripada pilihan itu betul
Contoh:
Apakah alat yang digunakan untuk menentukan pH tanah?
A Ammeter
B Voltmeter
C Meter pH
D Multi meter

Ayat tidak lengkap
Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul.
Contoh :
Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British memberi kesan terhadap
A kemasukan buruh asing beramai-ramai
B industri membuat kereta berkembang pesat
C migrasi penduduk dari luar bandar ke badar
D industri perlombongan bijih timah berkembang pesat

Jenis Jawapan Terbaik
Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua pilihan ada kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaja pilihan yang paling tepat atau terbaik
Contoh:
Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi?
A. Memeriksa soalan demi soalan
B Menanda kertas jawapan dengan berhati-hati
C memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapan
D Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah


Soalan Item Negatif
Kesemua pilihan adalah betul keuali satu yang salah. Yang salah inilah yang tidak dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti ‘kecuali’, ‘yang tidak benar’, ‘bukan’, dan ‘tidak’
Contoh:
Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecuali
A sesuai digunakan untuk ujian sumatif
B dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggi
C jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektif
D boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman dengan berkesan




Soalan Item Interpretif
Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual, graf atau petikan karangan
Contoh:
Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepada
A internet
B perdagangan
C telekomunikasi
D pengangkutan


Jenis Cantuman/Gabungan
Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul
Contoh:
Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?
I. Jong
II. Rakit
III. Perahu
IV. Kapal layar
A. I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Cara Menulis item Aneka Pilihan
Pokok soalan boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat tidak lengkap
Soalan hendaklah ringkas tetapi padat
Pilihan jawapan juga perlu ringkas
Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang sama
Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang
Elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan, semua di atas, tiada satu pun yg betul
Pokok soalan tidak membayangkan jawapan

Aras Item Objektif
Item-item objektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza
Mengikut Bloom Teksonomi ada 6 aras, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintisis dan penilaian

Item Aras Pengetahuan
Soalan yang menguji kebolehan calon mengingat semula fakta, istilah, konsep dsb
Soalan berbentuk mudah spt apa, siapa, di mana, labelkan, dan bila
Con: Bilakah Malaysia merdeka?
(A) 1957
(B) 1964
(C) 1967
(D) 1969

Item Aras Kefahaman
Menguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta atau konsep atau prinsip
Bentuk soalan seperti asingkan, terangkan, bezakan
Con: Pokok padi tidak mati walaupun akarnya tenggelam dalam air kerana
(A) akarnya panjang
(B) batangnya lembut
(C) pokoknya ada pelampung
(D) ada ruang udara dalam batangnya
Item Aras Aplikasi
Menguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas
Bentuk soalan seperti kirakan, gunakan, selesaian dsb
Con: Hakim mempunyai wang sebanyak
RM10.00, bapa saudara m emberinya RM 2.00, manakala kakaknya memberinya RM5.00. Cari jumlah wang Hakim.

(A) RM17.00
(B) RM19.00
(C) RM 21.00
(D) RM 23.00

Item Aras Analisis
Menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan
Bentuk soalan seperti bezakan, hubungkan dsbnya
Con: Semasa tumbuhan hijau melakukan proses fotosintis apakah bahan yang diperlukan
A air dan cahaya
B air dan karbon dioksida
C air, oksigen dan cahaya
D air, karbon dioksida dan cahaya

Item Aras Sintesis
Menguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat satu rumusan.
Con: Dalam satu eksperimen, seketul batu kapur dimasukkan ke dalam bikar yang mengandungi asid. Gas yang terhasil boleh memadamkan api. Gas itu terdiri daripada gas

(A) oksigen
(B) hidrogen
(C) nitrogen
(D) karbon dioksida

Item Aras Penilaian
Menguji kebolehancalon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.

Con : Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan murid-murid ialah

(A) merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin
(B) meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah
(C) mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes salah laku
(D) memupuk nilai-nilai murni serta menekankan khidmat bimbingan dan
kaunseling

Ujian Esei/Subjektif
Soalan yang memerlukan calon memberi tindak balas sama ada lisan/bertulis
Tindak balas berbentuk terhad atau lanjutan
Memerlukan calon menulis jawapan berbentuk satu ayat, perenggan (terhad) atau esei penuh (lanjutan)

Jenis soalan subjektif
Jawapan pendek
Soalan berstruktur
Soalan esei

Soalan pendek/respon terhad
Terhad apa yang harus dijawab
Contoh soalan
- senaraikan lima komponen utama …
- nyatakan tiga kelebihan …
- apakah definisi … mengikut …?

Soalan Esei Tindak Balas Lanjutan
Membolehkan calon memilih, menyusun dan menyampaikan jawapan yang difikir kan sesuai
Soalan jenis ini dapat menguji kebolehan calon mengemukan pendapat, idea dan membuat penilaian secara bebas
Soalan ini dapat menguji peringkat kem. Soalan yang lebih tinggi seperti aras sintisis, analisis dan penilaian
Contoh; Huraikan peranan sektor swasta dalam usaha memajukan ekonomi negara .
Cth: ” Sejauhmanakah anda setuju dengan kenyataan kenaikan harga minyak boleh menyebabkan inflasi ”
Aras Item Subjektif
Mengingat semula
Con: Berikan definisi …
Siapakah …
Apakah …
Fahaman
Con: Bandingkan …
Huraikan …
Apakah tujuan …
Aplikasi
Con: Bagaimanakah …
Terangkan cara …
Analisis
Con: Mengapakah / apakah punca …
Terangkan sejauh mana …
Sintesis
Con: Jelaskan
Berdasarkan, huraikan

Penilaian
Con: Nilaikan idea
Mengikut …, apakah pendapat anda

Panduan Menulis Soalan Esei
Tetapkan dahulu tugasan soalan yang hendak dibina
Mulakan setiap tugasan dengan perkata an seperti: huraikan, bandingkan dsb
Tentukan setiap tugasan soalan jelas dan tidak mengelirukan
Sebaiknya soalan dapat membezakan calon yang benar-benar belajar dapat faedah



kesimpulan
JPU perlu disediakan oleh guru bila ingin membuat satu-satu ujian untuk menentu kan sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayai
Pembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diragui
Setiap guru yang mengajar dalam satu- satu mata pelajaran perlu bertanggung jawab memastikan pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan



JENIS PENILAIAN BAHASA

UJIAN FORMATIF
merupakan penilaian yang dibuat secara berterusan-sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

Contoh: soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan.

TUJUAN
Mengesan masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.
Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajaran.
Pelajar mengetahui kelemahan mereka.
Guru dan pelajar dapat mengubah kaedah p&p-tingkatkan pencapaian dalam peperiksaan.

PROSEDUR UJIAN FORMATIF
Menentukan tajuk pengajaran
ü Guru tentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu dihabiskan dalam satu tahun.
ü Susun tajuk pengajaran mengikut peringkat kesukaran.
ü Bagi tajuk yang luas, pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil.
ü Sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu adakan ujian formatif-nilai penguasaan pelajar bagi tajuk yg telah diajar.

Menentukan aspek dan tahap penguasaan
ü Guru tentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap tajuk pengajaran yang perlu dikuasai pelajar.
ü Kemudian,guru perlu tentukan tahap penguasaan pelajar terhadap aspek tersebut.
ü Misalnya, apabila 80%-90% pelajar sudah dapat menguasai sesuatu tajuk, ini bermakna mereka sudah menguasai tajuk itu.

Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk
ü Guru perlu susun elemen-elemen yang terdapat dalam setiap tajuk pengajaran pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran.
ü Guru seterusnya mengaitkan semua elemen tersebut agar ia saling bertautan dan tidak berpisah.

Membina soalan ujian
ü Setiap elemen tadi harus diuji kepada setiap pelajar sekurang-kurangnya 1 soalan.
ü Soalan ujian yg sesuai perlu dibina utk ukur penguasaan pelajar terhadap elemen ini.

Mencadangkan tindakan susulan
ü Selepas ujian dibuat, tindakan susulan perlu dibuat berdasarkan keputusan ujian ini.
ü Jika pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk sebagai tindakan susulan, guru perlu ulang semula atau ubah pendekatan pengajaran

UJIAN SUMATIF
v Penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal atau akhir tahun).
v Bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun serta keberkesanan sesuatu kurikulum.
Contoh :- Penilaian akhir tahun, peperiksaan percubaan UPSR dan PMR



TUJUAN
¡ Memberikan gred kepada pelajar – membuat perbandingan pencapaian di kalangan pelajar.

¡ Sebagai petunjuk sama ada pelajar berjaya mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak.

LANGKAH – LANGKAH PELAKSANAAN
Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

ü Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap tentang tajuk pengajaran,objektif pengajaran dan bilangan pengajaran
ü Memastikan keesahan ujian dari segi cakupan sukatan pelajaran dan objektif pengajaran yang ingin disampaikan

2. Membina Soalan
ü Soalan dibina berdasarkan kepada JSU dan haruslah menguji objektif pengajaran yang telah ditetapkan
ü Kertas soalan perlu mengandungi arahan yang jelas tentang bilangan soalan yang perlu dijawab

3. Mengumpulan Soalan Secara Sistematik
ü Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya seperti soalan objektif diasingkan daripada soalan mengisi tempat kosong.
ü Soalan ini juga disusun mengikut tajuk atau kesukarannya

4. Menguji Soalan Melalui Kajian Rintis
ü Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar dan membaiki soalan-soalan bagi memastikan ujian mempunyai keesahan yang tinggi.
ü Aras kesukaran dan daya diskriminasi soalan perlu juga dikira

Menyiapkan Skema Pemarkahan
ü Skema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan ujian dan markahnya.
ü Menjadi panduan semasa memeriksa jawapan
ü Menyelaras pemarkahan supaya tidak berlaku ketidakadilan dalam pemberian markah


UJIAN BAKAT
Ø Ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar.

Ø Terbahagi kepada 2 kumpulan;
i. Ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-besaran
ii. Ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan tertentu

UJIAN PENCAPAIAN
ü Ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan, pengalaman dan aplikasi.
ü Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru
ü Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk yang diuji

Tujuan
ü Memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.
ü Memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya.
ü Mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya


¡ Terbahagi kepada 2 jenis iaitu ujian rujukan norma dan ujian kriteria
¡ Ujian Rujukan Norma – membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain ( UPSR).
¡ Ujian Rujukan Kriteria – membandingkan pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria tertentu seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk pecahan

Tuesday 5 July 2011

INTERAKSI MINGGU 2 : TAKSONOMI DAN DOMAIN

TAKSONOMI BLOOM (TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM )

Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.


Aras Pengetahuan

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :

1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.
2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.
 
3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:
• Pelajar perlu menggunakan proses mental.
• Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru.
• Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.

• Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.


Aras Kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:

Penterjemahan
• Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.

Mentafsir (Interpretasi)
• Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.
• Menerangkan idea dalam ayat sendiri.

Ekstrapolasi
• Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman
• Proses mental
• Maklumat asas telah diajar
• Perlu bahan atau alat komunikasi
• Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.


Aras Aplikasi

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi
• Menggunakan proses mental aplikasi
• Soalan melibatkan tiga frasa iaitu
• Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

Aras Analisis

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis
1. Analisis unsur – memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.
2. Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.
3. Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis
• Soalan menggunakan proses mental analisis
• Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.
• Situasi, dokumen perlu dianalisis
• Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.


Aras Sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.
1. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.
2. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.
3. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.


Aras Penilaian

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.




DOMAIN KRATHWOHL 


  • Penerimaan

Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolak rangsangan. Tindakan adalah terhad.


  • Gerakbalas

Seseorang akan bertindakbalas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindakbalas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerakbalas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.


  • Penilaian

Sesorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.

Jenis penilaian
1. Penerimaansemua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan.
2. Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya.
3. Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran.


  • Organisasi

Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian diantaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.

  • Perwatakan

Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.